satay raya chef obie

Bismillahirrahmanirrahim

Lama tak melakar dalam blog ni. Kali ni nak kongsi resepi satay ayam. 
Banyak juga resepi yang kita dah cuba, setakat ini resepi Chef Obie ni yang paling menjadi.  
Kita hanya salin semula resepi ni, terima kasih Chef Obie atas perkongsian ilmu.
Kata Chef, boleh gunakan resepi ini untuk berniaga. Semoga ada kekuatan untuk kami satu hari nanti mencari rezeki dengan membakar satay pula. Amin. 

Bahan-bahan: 

1.5-1.6kg daging ayam berserta kulit dipotong dadu (kulit diletak dalam bekas berasingan)
satu setengah sudu besar biji ketumbar (sangai dan kisar)
satu setengah sudu besar jintan manis (sangai dan kisar)
segenggam serai (potong halus dan kisar) 
satu sudu besar serbuk kunyit
10 biji bawang merah (kisar)
500m gula
setengah cawan minyak masak
lidi satay secukupnya (rendam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam)

Cara-caranya: 
1. Daging ayam berserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletakkan di dalam penapis seketika.
2. Biji ketumbar, jintan manis, serai dan bawang merah dikisar bersama hingga halus.
3. Perap ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula, serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak. Pastikan daging ayam diperap sekata. 
4.Biarkan selama 30 minit di dalam peti ais. (boleh juga diperap selama sejam di luar peti)
5.Cucuk daging ayam perap ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam secucuk.satay siap untuk dibakar pada kayu arang. 


Tips oleh Chef Obie:
1. Sediakan sedikit minyak dan sebatang serai untuk disapu ke atas satay yang sedang dibakar. ini akan menambahkan aroma kepada satay. Lebih wangi dan meyelerakan. 
2. Jika anda ingin menyediakan satay lebih awal, boleh pek sebanyak 10cucuk satay di dalam plastik kemudian disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer). Nyahbekukan sebelum dibakar nanti ye. 
3.Enak dimakan bersama kuah kacang, potongan timun, bawang merah dan nasi impit,
4. Jangan sesekali letak garam ke dalam adunan bahan kisar, ia akan mengubah rasa satay kepada ayam panggang. Seeloknya satay itu rasanya manis. 
Selamat mencuba!!














Comments

Post a Comment

Popular Posts