Bbq ooh bbq (Jumeirah Beach Park,Dubai)

Hujung minggu pertama bulan Januari 2013 tergerak hati nak buat ayam percik setelah kali pertama buat abah muiz komen 'sedap kari ni' ...stress sekejap sbb makan licin tapi tak tau tajuk. :D Alhamdulillah menjadi. 
Cabaran seterusnya adalah buat bbq dalam keadaan tidak ada set pembakar..so guna kecerdikan yang sama masa buat ayam percik..guna aluminium foil dan bakar atas dapur dengan kuali. Syukur cubaan pertama ni menjadi cuma kurang sos nya kot,atau kurang lama proses marinate tu. Kedua-dua resipi ini,diambil dari internet...lupa pulak milik siapa, tapi Allah tahu, dan diucapkan terima kasih pd empunya resipi. Semoga Allah berkati ilmu saudari/i..
Selang sehari, kawan dari Dubai, ajak kami kesana menghabiskan hujung minggu di sana sambil ber-bbq dengan keluarga yang lain. Maka, Khamis malam jumaat 10januari2013 bergeraklah kami ke sana dengan kereta sewa fav, toyota yaris model hatchback (selama ni aku panggil hunchback..kuikuikuii)
Berjumpa dengan rakan sebaya adalah perkara paling happening bagi Khairul Muiz. heheh.. nama baby tu Mell. rakan-rakan lagi duorang adalah Adib dan Adam. perghh...main pasir, cabut rumput, bubye helicopter,kejar kucing, rebut2 bola..etc..kita yang parents ni pun ikut seronok bersembang tentang anak-anak memasing. itu memang tajuk peberet selain cerita gossip2 para wifey dan tentang kerja oleh sang suami. haha.. ber-bbq time winter dengan anginnya yang kuat mcm musim tengkujuh di pantai timur..perghh dua kali makan memasing..mmg sedap. lenkali buat lagi, mesti join nih. 
kami balik awal sikit sebab nak ke Pasar Malam Malaysia kat embassy. Ni satu lagi cerita.sampai je parking lot kat embassy jam 645mlm, elok je matikan enjin kereta, bunyi kucing mengiau.. sangkanya langgar kucing,jadi cecepatla tgk, xde. rupa2nya kucing tu terselit tepi enjin, atas ruang tayar.Itulah kucing kat park petang tadi. nak bagi lapang fikiran,g beli satay dan nasi tomato cecepat pastu balik umah dan uruskan kucing tu. puas abah Muiz pujuk kucing tu keluar dan jek kereta xleh gak.. akhirnya misi menyelamat dibuat bersama dengan mekanik di kedai aksesori kereta...fuuh lega...Moral of the story : lebih berhati-hati sebelum, semasa dan selepas sebarang perjalanan. 
















Comments

Popular Posts