Home made srikaya jam

Home made srikaya jem. Antara teringin nak makan roti bakar kat Kluang Railway Station dan teringin menguji diri boleh tak buat sendiri jem ni.
Masuk malam ni, dah tiga kali (or maybe empat) buat , mula terasa yakin bahawa 'aku boleh buat ni'.
Sekarang ni dah malam.Muiz dan abahnya dah masuk tidur awal. Kekenyangan dan keletihan.
So this is it. Resipi dari internet yang dicuba. Tak ingat siapa punya. Terima kasih diucapkan, hanya Allah dapat balas kebaikan anda berkongsi ilmu.
Sekarang saya panjangkan ilmu ini pula.

Bahan2nya adalah:
•Karamel (gula hangus) > sukatannya 1cawan gula dan 1 cawan air. Dah siap tepikan dahulu bagi sejuk.
• secawan gula dipukul bersama 3bj telur
hingga sebati.
•1 1/2 cawan santan
• 2 sm tepung jagung dilarutkan dgn sedikit air

Tatacara:
Campuran gula dan telur yang dah sebati dimasukkan ke dalam periuk.
Masukkan juga santan dan tepung jagung td. Kacau seketika dlm api yg sederhana. Masukkan karamel dan juga sedikit pewarna hijau / kuning. Atau lagi bagus masukkan daun pandan yg dah disimpul biar wangi.
Kacau sentiasa hingga pekat. Masukkan dlm bekas, biar sejuk dan simpan dlm peti ais.
Lepas ni, hari2 makan roti bakar lorrr . Bon appetit !!


juri utama


Anggaran produksi 500gm :)

Comments

Popular Posts