Wawl of res-uh-pee


Orang memasak, kita memasak juga.
Orang memasak untuk keluarga , kita pun. 
Orang memasak untuk kebahagiaan, kita pun. 
Orang memasak untuk kepuasan, kita pun. 
Orang memasak, pastu bubuh resipi dalam blog, kita pun..baru mula nak buat..
Orang memasak, ada yang buat buku resipi, jual juta juta salinan, kita pun..macam nak buat..satu salinan untuk anak menantu cukuplah. (anak kita kecik lagi tapi hihi)

jadi apa bezanya orang dengan kita, yang heboh bagai kat sini?
alasannya..
buku resipi selalu tak lengkap. 
tulisan tak berapa nak cantik.
bubuh kat sini, nanti bleh copy paste orang lain punya resipi dan claim kata resipi kita 
(ish...Allah nampak tu..berdosa tau. ) 

Taklah..kita sebenarnya bercadang nak panjangkan dan kongsikan resipi orang yang pakar memasak kat sini..terutama mak kita nyer resipi..nanti kita cuba satu-satu ..nanti dah sedap betul, kita tepek sini..senang-senang nanti boleh print out, 
cantik sikit nak baca..buleh sign autograph jugak kalau nak. (tulisan tak cantik, ada hati nak sign autograph haha)
Awal-awal lagi kita nak ucapkan terima kasih kepada semua pemilik resipi yang berkaitan samada secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan 'Wawl of res-uh-pee' ini. 

sebenarnya ada kelainan.yg membezakannya adalah lokasi. Lokasi yang berbeza membuatkan tak semua bahan ada, kalau ada rasa, bau dan rupa bukan 100% sama dengan bahan masakan di tanah air tercinta, Malaysia.
Jadi, ini satu cabaran untuk menyediakan masakan dalam keadaan serba sederhana.

Walau bagaimanapun, indahnya perasaan ini.. 

Klas-ik. 


Comments

  1. Sudah pindah alamat rupanya blog mu ini. Masih dibenarkan ker untuk difollow?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ku tukar nama blog sahaja.bukankah sudah difollow? hihi..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts