Mee Hailam Kering

Bismillahirrahmanirrahim

Resipi asal adalah mee hailam, kawan kita bagi.
tapi satu hari tu, teringat mee goreng basah penang mari. selalu pekena waktu supper kat restoran pelita, sg.dua, penang.
Antara tak tau dan malas cari resipi mee goreng basah tu, kita buat mee hailam kering berisi sosej.

Bahan-bahan:
Mee kuning
Isinya : udang dan sotong/ ayam/ daging/ sosej..
Bawang besar (kat abu dhabi ni, pakai bawang besar je.sama rasa dgn bawang merah Malaysia)
Bawang putih
Lada hijau/lada merah
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Kicap pekat
Pepper/black pepper
Kiub pati ayam (jika mahu)
Air secukupnya untuk kuah
Minyak untuk menumis
Sayur-sayuran

Tatacara memasak:
1. Mee kuning direndam. bersihkan udang/sotong/ayam,daging/sosej yang nak dimasak nanti.
2. bawang besar, bawang putih,lada,sayur-sayuran dipotong siap2.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Tumis bawang dan lada hingga harum.
5. Tuang segala sos dan kicap kecuali kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan kiub ayam kalau mahu.
6. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
7. Kalau guna ayam/daging, dah boleh masukkan time ni. Biarkan ia masak. Kalau guna sotong/udang/sosej, boleh masukkan lepas sayur.
8. Masukkan sayur, biar masak. sesekali kacau nak pastikan dah masak.
9. Masukkan garam dan pepper/black pepper sebagai bahan perasa.
10. Masukkan mee kuning, gaulkan. Kalau guna sosej sahaja, bolej pecahkan telur dan kacau rata.
11. Spray/ curah sikit2 kicap pekat dan kacau bg mesra.padamkan api.
12. Taburkan daun basil/parsley dan tomato sebagai hiasan.

Nota: muiz suka makan dgn telur mata goyang.







Comments

Post a Comment

Popular Posts