Dried Chilli?

Bismillahirrahmanirrahim 

Setahun jadi surirumah sepenuh masa, bukan sedikit cerita yang dikumpul. 
Lebih-lebih lagi, berada jauh dari mak. 
Ya, walaupun boleh telefon aje kalau perlukan resipi atau itu ini..tapi still...tak cukup 
(kes tak bersyukur ni) 

Kita kongsi sikit-sikit la eh cabaran di dapur Studio6 kita ni. 
Tajuk kali ni, lada kering. 
Kalau kat Malaysia , setahu kita la.. lada kering ada yang kerinting, ada yang lurus. Ada juga serbuk..
Kat sini, ada yang serbuk, ada yang lurus, ada yang bulat-bulat, ada yang biji sahaja, ada yang kerinting, ada yang merah, ada macam-macam nama menunjukkan asal-usul datangnya lada tu dan macam-macam lagi. 
Kali pertama nak masak asam pedas kot..masa tu baru kalut cari lada kering. 
(Nape x bawak dari Malaysia? eksen. kikkikii) 

Kali pertama beli jenama Lulu (mcm jenama Tesco la) .
Pedas. Selalu gagal sambalnya. Masa tu baru la nak buat research..tanya sana sini. 
Post mortemnya adalah sebab kurang minyak..koott. OK. 

Kali kedua beli, nak try yang bulat-bulat la..dengan andaian maybe bijinya sedikit, ladana pun kecik-kecik comel aje...
huiihh..masa didihkan nak buang kulat pon dah nangis.. lepas buang bijinya terus mandi sebab debu-debu lada kering tu melekat kat baju. nasib baik tak kena Muiz. 
Belum masak lagi tau.. 
Sampai takat ni mula rasa give up. 
Nampak gaya berkari aje la kita selama belum balik Malaysia. 
Tapi taknak mengalah. 

Kali ketiga beli, jumpa satu jenis lada kering ni. 
Kashmiri Cilli.
Itu yang tertulis pada plastiknya. jenama Datar. 
Kita cuba yang ni pulak la...
Alhamdulillah..dengan kuasa Allah, elok menjadi sambal kita...

Satu hari tu, macam biasa kita google resipi dari internet..terjumpa link ini..
Know your Chilli Pepper ? wow! Korang baca la yer..terbaik. 

Satu lagi kisah Klas-ik dari kita. 
Klas-ik nyoo laa hahaa. 
 



Comments

Popular Posts