Selfnote (Pg I)

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni menjenguk updates orang lain di facebook, dan ingin dikongsi kisah ini sebagai peringatan di kala kita leka dengan nikmat dunia.
Link asal kisah ini ada di bawah sekali.

'Kisah seorang pemandu lori yg sering meninggalkan Solat Zohor' 

Kali ini sy ingin menceritakan kisah seorang pemandu lori yg sering qada solat zohor di waktu asar kerana hendak mengejar waktu penghantaran supaya tidak lebih drpd pukul 5.

Pemandu lori sering menghantar barang tp apabila masuk waktu zohor, dia tidak berhenti sekejap untuk solat kerana dia takut terlambat sampai ke destinasi bg mengejar masa yg ditetapkan.. kerana jika lmbat akan terperangkap dlm kesesakan lalu lintas dan sebagainya.. dia juga berkata kadang-kadang dia terlambat juga sampai ke destinasi.. kalau dia solat lagi lah dia lambat.. Dan dia bertemu dgn seorang Ustaz bg mendapatkan bolehkah dia buat begitu..

Ustaz menjawab, janganlah membuat begitu.. takkanlah solat sekejap pun xboleh.. disebabkan anda nk kejar masa, sy bg sedikit cadangan.. waktu zohor nanti, awk berhenti utk solat.. tp awk solat bnd yg wajib je.. yg sunat awk x payah buat.. wirid lps solat xyah buat.. tp jgn solat dlm keadaan gopoh.. cuba buat dulu...

Pemandu lori itu mengangguk lalu dia pun mula melakukan solat zohor apabila sampai waktunya.. beliau mengambil masa dlm 4-5 minit utk solat.. hasil drpd beliau solat zohor itu, beliau tiba ke destinasi 15 minit lebih awal berbanding dgn sebelum ni yg beliau tidak solat zohor... langsung tak de jem.. lancar je perjalanan beliau... subhnallah.. inilah kuasa Allah..

Kejadian ini sy rasa selalu berlaku di dalam persekitaran kita.. kita lebih mementingkan ttg perkara di dunia dan sanggup menepikan perkara yg benar-benar penting dan wajib iaitu solat..

Ramai org lebih mengejar masa tapi ramai yg terlupa bahawa Allah lah yg menciptakan masa.. tiada satu pun zarah dalam dunia dapat bergerak melainkan dengan izin Allah tp di mana kita meletakkan Allah di hati kita ?? Allah berkuasa atas segala-galanya..

Contoh , jika kita ada 'appointment' dgn klien pukul 2 petang.. pukul 1 kita dah smpai coffee house.. x nak terlambat sbb takut hilang projek... solat zohor lebur.. habis waktu asar baru buat..

Tapi bab solat, kadang nak habis waktu baru kita nak solat.. langsung kita tak jaga sbb apa ? sbb kita tak nmpk hasil dia di dunia tapi kita lupa tentang akhirat yang kekal selama-lamanya..

Dia yang memberikan kita rezeki, kesihatan malah segala-galanya tapi kita masih meletakkan Allah di tempat kedua berbanding urusan duniawi kita.. layakkah kita dengan syurga Allah yg tiada tandingannya itu ??

Renungan untuk diriku dan saudara semua..

1001 Sirah Nabi Muhammad

Comments

Popular Posts