Takziah

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni 9Jun2013. 
Pagi ni sedang sembang di watsapp dengan geng lama sekolah, kawan kita menjengah dan bawa berita emaknya baru sahaja meninggal dunia. 

Terdiam tapi tak lama. Pantas masing-masing ucap 
Innalillahiwa'innailaihiroji'un. 
Semoga kawan kita sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah. 

Tabahkab hatimu wahai kawan.

Diri mula terkenang kehilangan atuk. Semuanya seperti baru semalam berlaku.  Andai seorang cucu dapat rasakan kehilangan ini, apalagi seorang anak? 

Hati mula berkata dan bertanya 
"Setiap orang akan merasai mati. 
Tapi sejauh mana kita bersedia?
Bersedia utk diri sendiri menghadapi kematian atau berita kehilangan yang tersayang? 
Hati juga menjawab. "Belum. Rasanya sampai bila-bila pun belum" 

Jari-jemari pantas menaip bertanyakan khabar keluarga di kampung.




Comments

Popular Posts