Bila lampu padam

Jam kat henpon dah pukul 23:28. 
Masa untuk tidur. 
Lampu dah dipadamkan. 
Memasing amik posisi. 
Seminit, dua minit, tiga minit...
Mata tak pejam jugak. 
Peluk Muiz, check pampers dia, masih kering takyah ganti lagi. 
Lima minit, enam minit..

Muiz tetiba duduk. 

"Ibu, nak tolong tak?"
"Tolong apa?"
"Bukak lampu tu, lampu tu, lampu tu haa" 
Tangan tunjuk sana sini. 
"Rumah kita teciik aje. Ngape banyak benor lampu?" 
"Haaa" 
Muiz speechless. Tak tau nak jawab apa. 

Yezza. Helah pertama tak mahu tidur berjaya dipatahkan. 

Sepuluh minit, sebelas, dua belas...

"Nak susu lagi" 

errr.. Yg ni memang kena mengalah..
kena bangun jugak bancuh susu untuk Muiz..

Hai lah anak... 
Apa saja.. 

Comments

Popular Posts