Eid Ramadhan , Eid Mubarak 2013 dan Happy Birthday Khairul Muiz

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum 
Selamat Hari Raya semua!! 

Ini tahun puasa tak update blog langsung. 
Busy memanjang.. 
Busy mengintai blog orang sana sini mencari resipi
Busy mencuba resipi , tajuk ikut anak tekak yang teringin 
Ada tak jadi ada menjadi. 
Nanti lah kalau ada kesempatan kita kongsi pengalaman cuba resipi itu ini... Okay? 

Dalam pada itu (mcm skrip berita dah) 
Alhamdulillah kami bertiga dapat menjalani ibadah sepanjang Ramadhan dengan jayanya. 

13 Ogos 2013 yang lepas, Khairul Muiz dah masuk usia dua tahun. 
Alhamdulillah rasa bersyukur sangat-sangat dengan nikmat Allah yang satu ini.

takde buat apa2 spesel.. Cuma masak makanan kegemaran dia.. Mee goreng, nasi goreng dengan sup ayam. 
Kita buat jugak kek untuk suka-suka mcm biasa cuba-cuba.. skali x jadi pula. Keknya bantat. 
Kesian muiz.
Tapi bila dia kata "dap" (sedap) lepas makan dua tiga potong kek tu...
Dan lepas mandikan dia , dia kata "ai lebiu too" sambil peluk kita erat-erat.... 

Sayu...
huhu. 




Comments

Popular Posts